Selamat Datang ke SpiritualShots.my - Merakam Keindahan Tradisi Malaysia
Peserta AyuhKorban boleh membuat semakan status korban beserta rekod bukti video dan gambar korban mereka melalui sistem AyuhKorban.com
Sekiranya anda tidak mampu turut serta dalam ibadah korban, bagaimana?
Jangan risau! Anda boleh laksanakan sedekah qurban dimana daging (lembu) korban akan diagihkan kepada umat Islam yang memerlukan luar dan dalam negara dengan harga bermula serendah RM50.
Soalan-Soalan Lazim
Berikut adalah persoalan yang sering diajukan berkaitan korban.
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
“Kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu
semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai
bersyukur)”.
[Surah al-Kautsar, 108:2]
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
i. Orang Islam
ii. Merdeka
iii.
Baligh (Dewasa)
iv. Berakal
v.
Mampu
i. Kibas, biri-biri atau domba (Berumur lebih
1 tahun)
ii. Kambing (Berumur lebih 1
tahun)
iii. Lembu atau kerbau (Berumur
lebih 2 tahun)
iv. Unta (Berumur lebih
5 tahun)
Ciri-ciri haiwan itu pula haruslah jinak, terdiri daripada haiwan peliharaan atau ternakan.
Waktu penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah solat Aidil Adha pada 10 Zulhijah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijah. Tempoh menyembelih haiwan korban hanya 4 hari dalam setahun iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.
1 bahagian lembu korban hanya untuk 1 nama peserta sahaja. Tetapi diharuskan bagi peserta itu untuk berniat (doa) sedekahkan pahala korban itu kepada ahli keluarganya yang lain.
Sunat untuk tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijah sehingga korban dilaksanakan.
- Membantu golongan yang memerlukan dan yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin, miskin bandar, muallaf, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mangsa pelarian melalui pengagihan daging korban.
- mengembangkan syiar Islam, memupuk dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam.
- Berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan Aidiladha bersama-sama dengan mereka yang memerlukan.
Perbuatan seseorang yang menyumbangkan sejumlah wang sehingga mencapai harga seekor binatang atau lebih untuk disembelih dan dagingnya disedekahkan pada golongan yang memerlukan
hukum sedekah
daging yang
dilakukan
oleh
kebanyakan
orang
sekarang
bukanlah
seperti
ibadah
korban
kerana
jumlah yang
disumbangkan
tidak
mencukupi
harga bagi
satu-satu
bahagian
korban.
Berkenaan
dengan
status
pahala
mereka yang
melakukan
sedekah
daging,
tidak
diragukan
lagi bahawa
perbuatan
ini
merupakan
salah satu
amal
kebaikan
yang akan
diganjari
pahala
memandangkan
perbuatan
adalah
ta’awun ala
al-birri wa
at-taqwa
(saling
membantu
dalam
kebaikan dan
taqwa).
Lebih-lebih
lagi apabila
sedekah
daging yang
dilakukan
dapat
membantu
golongan
fakir miskin
dan mereka
yang
memerlukan.
- Ibadah korban dilaksankan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah SWT kepada mereka berdua dan mereka berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih.Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah SWT lebih daripada yang lain walaupun melibatkan nyawa dan kasih sayang.
- Ibadah korban yang dilakukan juga adalah sebagai cara mendekatkan diri pada Allah SWT dan bersyukur atas nikmat kehidupan yang diberikan.
- Keempat ialah berkongsi nikmat dan rezeki yang Allah berikan dengan orang lain di hari raya Aidl Adha. Ketika seorang Muslim menyembelih korbannya, maka ia telah berkongsi nikmat bersama keluarganya dengan memakan sebahagian daging tersebut. Dan ketika memberi sedekah bahagian yang lain untuk jiran-tetangga dan kerabatnya, maka dia telah berkongsi nikmat dan rezeki dengan mereka.
- Kelima, ibadah korban lebih baik daripada sedekah dengan wang yang sama nilai dengan haiwan korban. Ibnul Qayyim rhm berkata, “Penyembelihan yang dilakukan di waktu mulia lebih afdal daripada sedekah senilai penyembelihan tersebut. Oleh kerananya jika seseorang bersedekah untuk menggantikan kewajiban penyembelihanpada manasik tamattu’ dan qiron meskipun dengan sedekah yang bernilai berlipat ganda, tentu tidak bisa menyamai keutamaan udhiyah.” (Lihat Talkhish Kitab Ahkamil Udhiyah wadz Dzakaah, hal. 11-12 dan Sahih Fiqh Sunnah, 2: 379.)
- Seorang Islam yang masih hidup. Tidak boleh melakukan untuk si mati jika dia tidak meninggalkan wasiat.
- Seorang yang merdeka. Tidak dituntut ke atas hamba.
- Mencapai umur baligh dan berakal.
- Bermukim, iaitu menetap di sesuatu kawasan.
- Mampu melaksanakan, iaitu mereka yang mempunyai wang untuk berbelanja mendapatkan ternakan korrban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya untuk Hari Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah masa bagi melakukan korban.
- Menambat haiwan yang hendak dikorban menjelang Hari Nahar (Hari Raya Aidiladha).
- Memberi makanan kepada haiwan korban sebelum disembelih.
- Memastikan haiwan tersebut tidak makan makanan yang syubhah seperti makan rumput di kawasan yang bukan milik tuan haiwan korban.
- Meletakkan tanda serta menutup tubuh haiwan korban supaya dapat merasakan kepentingan korban.
- Melakukan penyembelihan korban dengan sendiri.
- Membaca Bismillah.
- Berselawat ke atas Nabi SAW.
- Penyembelih dan haiwan mengadap ke arah kiblat.
- Memilih haiwan ternakan yang paling baik.
- Menunggu haiwan yang disembelih itu sehingga sejuk dan semua anggotanya tidak bergerak lagi atau benar-benar mati dan baharulah dilapah.
- Orang yang melakukan korban disunatkan tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga dia telah selesai berkorban.
Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘.
Makruh (tidak berdosa tetapi tidak disukai oleh Allah Ta‘ala).
TIDAK BOLEH, kerana antara syarat sah qurban adalah orang yang masih hidup tetapi jika simati mewasiatkan qurban atau telah melakukan nazar,diharuskan melaksanakan ibadah qurban lalu diniatkan pahala qurban disedekahkan kepada simati.
Ada beberapa pendapat tentang persoalan ini.
1- HARUS dan pahalanya juga sampai kepada si mati.Pendapat majoriti ulamak dalam mazhab Al-Hanafi, Al-Maliki, Al-Hambali dan sebahagian As-Syafie.
Bersandarkan kepada sebuah hadis daripada
Saiyidatina Aisyah R.A, Rasulullah SAW
ketika menyembelih haiwan korban, baginda
melafazkan:
بِسْمِ اللَّهِ. اللَّهُمَّ
تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ
وَمِنْ أُمَّةِ
مُحَمَّدٍ
Maksudnya:
“Bismillah…
Ya Allah, terimalah ibadah korban daripada
Muhammad dan daripada ahli keluarga Muhammad
dan daripada umat Muhammad” .
(Hadis
Riwayat Muslim: 1967)
(dikatakan pada
masa itu ada umat Nabi yang sudah meninggal)
2- MAKRUH menurut pendapat sebahagian ulamak
dalam mazhab Al-Maliki.
Al-Kharshi
Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi
seseorang yang melaksanakan ibadah korban
untuk si mati kerana takut akan riak dan
bermegah-megah dan juga tidak warid
(mendatangkan hasil) perbuatan dalam perkara
itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh
si mati dan sekiranya tidak maka si waris
boleh melakukannya”.
(Syarah Mukhtasar
Al-Khalil: 3/42)
3- TIDAK BOLEH melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, melainkan atas dasar wasiat yang telah ditinggalkan oleh si mati. Ini adalah pendapat terkuat di kalangan para ulamak dalam mazhab As-Syafie.
Disebut oleh Al-Imam Al-Nawawi, beliau
berkata:
وَلاَ تَضْحِيَةَ عَنِ
الغَيـْرِ بِغَيـْرِ إِذْنِهِ وَلاَ عَنْ
مَيْتٍ إِنْ لَـمْ يُوصِ
بـِهَا
Maksudnya: “Dan tidak boleh
melakukan korban untuk orang lain melainkan
dengan izin daripadanya dan tidak boleh juga
melakukan korban untuk orang yang telah
meninggal dunia melainkan ia telah
diwasiatkan”
(Minhaj At-Tolibin wa
Umdah Al-Muftin – Darul Minhaj: M/S: 538)
Mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana sepertimana yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah ditanya:
“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.”
Memadai dengan niat oleh peserta korban.
Sebaik-baiknya korban dilakukan di tempat sendiri, sembelih sendiri dan melihat sembelihan serta mengagihkan sendiri. Namun, jika dilihat dari sudut keperluan dan sedekah adalah digalakkan untuk melakukan qurban di negara-negara miskin yang berdepan ancaman kebuluran, negara yang sedang berkrisis supaya ibadah korban sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
- Kambing untuk seorang sahaja.
- Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.
Harus dibahagikan kepada 3 bahagian:
- 1/3 fakir miskin,
- 1/3 Orang kaya dan
- 1/3 mudhahhi (orang yang membuat korban)
- Tetapi yang afdhal disedekahkan kesemuanya dan memakannya sedikit sahaja (hati).
Gambar & video secara umum haiwan korban dengan nama yang ambil bahagian akan disediakan dan dikongsikan kepada para peserta korban.
The Sacrifice of Animals in Malaysian Wedding and Family Ceremonies: A Reflection of Tradition and Belief
In Malaysia, the practice of sacrificing animals during wedding and family ceremonies holds significant cultural and religious importance. This unique tradition reflects the deep-rooted beliefs and cu...
Traditional Animal Sacrifices in Contemporary Malaysian Dance: A Dilemma of Cultural Heritage and Ethical Concerns
Traditional animal sacrifices have long been associated with religious and cultural practices around the world, including Malaysia. In the realm of contemporary Malaysian dance, the incorporation of a...
A Visual Journey: Understanding Qurban Practices in Malaysian Islam
Explore the profound significance of Qurban in Malaysian Islam with our article 'A Visual Journey'. Delve into the cultural and religious depth of this sacred practice, observed during Eid al-Adha, as...